Nasi lemak merupakan salah satu
makanan yang amat popular di Malaysia.
Ia digemari oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun pada awalnya ia dikenali sebagai
makanan bagi kaum Melayu, namun pada masa kini semua kaum dan etnik di Malaysia
amat menggemarinya. Makanan ini boleh
didapati di kebanyakan restoran, malah boleh juga didapati di gerai-gerai di
tepi jalan. Di Changlun, terdapat sebuah
warung yang menyediakan masakan Melayu amat terkenal dengan nasi lemak selaku
menu utama.
Warung yang amat popular di
kalangan penduduk Changlun ini diberi nama “Warung An”. Namun, di kalangan pelajar-pelajar Universiti
Utara Malaysia (UUM), gerai ini amat
dikenali sebagai gerai nasi lemak Kampung Darat. Warung ini memulakan operasinya sejak 20
tahun yang lalu oleh pengasasnya Pak An.
Kebanyakan pelanggan yang datang ke warung ini terdiri daripada penduduk
berhampiran dan majoritinya adalah pelajar-pelajar UUM. Waktu operasi bagi “Warung An” bermula seawal
jam 5.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari.
Namu, salah satu keistimewaan warung ini ialah waktu operasinya bermula
seawal jam 2.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap kali musim peperiksaan
menjelang. Hal ini adalah untuk menarik
perhatian pelanggan terutamanya dalam kalangan pelajar UUM. Pak An menggunakan khidmat 4 orang pekerja
untuk membantunya di warung yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan
rapat beliau.
Bagi memulakan perniagaan setiap
hari, warung ini memerlukan modal di antara RM400-RM500. Jumlah ini bertambah setiap kali musim
peperiksaan menjelang. Menurut
pemiliknya, beliau boleh memperoleh pendapatan sebanyak RM700 sehari pada hari
biasa. Manakala jumlah tersebut
meningkat sehingga RM2000 apabila menjelang musim peperiksaan. Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan
terhadap nasi lemak, warung ini hanya menggunakan beras yang berkualiti
tinggi. Kebiasaannya, bekalan beras
tersebut diambil di Changlun.
Warung An terletak di Kampung
Darat, Changlun. Ia terletak di tepi
jalan di antara UUM dan pekan Changlun.
Lokasinya yang strategik membuatkan warung ini menjadi tumpuan penduduk
setempat walaupun terdapat gerai-gerai lain yang berdekatan.
PRODUK
Warung An menjual pelbagai jenis
juadah untuk sarapan pagi. Makanan yang
mendapat sambutan hangat adalah nasi lemak.
Hidangan ini boleh di makan bersama hidangan sampingan seperti ikan
bilis, telur goreng, daging, ayam goreng dan sambal. Hidangan sampingan yang menjadi pilihan
pelanggan sudah semestinya ayam goreng dan sambal yang mempunyai daya tarikan
tersendiri. Harga yang dikenakan bagi
nasi lemak ini juga berpatutan bersesuaian dengan hidangan sampingan yang diambil. Kebiasaannya harga bagi sepinggan nasi lemak
adalah di antara RM3 – RM4. Selain itu,
warung ini turut menyediakan roti canai dan roti telur. Harga bagi sekeping roti kosong adalah RM0.80
manakala sekeping roti telur berharga RM1.50.
Pada waktu tengah hari, pelbagai hidangan Melayu boleh didapati di
sini. Antara hidangan yang disediakan
ialah rendang kacang panjang, daging masak hitam, keli goreng, dan pelbagai
jenis hidangan lagi. Bukan itu sahaja,
Pak An juga ada mengambil tempahan makanan untuk sesebuah majlis. Namun, tempahan tersebut di ambil mengikut
kesesuaian masa dan skala majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment